mood exam ~~


Assalamualaikum..mngu dpan aku da start final exam..tlg doa kat aku ok..erm, x sgka plak aku da nak beh sem 4..rasa cm bru je lagi start sem nie..tgk2 da nak beh..next sem plak da sem 5..insyaAllah next sem, sem last aku kt cnie..ala, sat je pon diploma, bkan lma mna ngat pon..ramai org ckap dip nie buang msa la pe la 2 gaya org malas blaja..bg aku, dmana da kmhuan, dc2 da jalan kn..family aku da plih yg trbaik tok aku..skang nie juz bgntong kt aku..aku x nk hmpakan hrapan family aku..bcoz i love them so much T.T.. lastly, aku nk mintk tlg skali lg doa kt aku k..aku syg ampa suma..erm, kt bwh nie jdual final aku..kalu nk baca yassin time aku jwb paper nt g bgos (^_^)
  • 13/3 operating system (OS)
  • 16/3 java
  • 20/3 management
  • 23/3 database
  • 26/3 statistic
  • 31/3 web
so, total suma aku da 6 subjek..n 31/3 aku start sem break =D..jgn jeles k.. k la, nk continue std..take care, Assalamualaikum..=)

YA ALLAH, TERANGILAH PENGLIHATANKU DENGAN KITAB, LAPANGKANLAH DADAKU DENGANNYA, JADIKANLAH AKU BERAMAL BENGANNYA, LANCARKAN LIDAHKU MENYEBUTNYA, KUATKANLAH HATIKU DENGANNYA DAN PERCEPATKANLAH KEFAHAMANKU DENGANNYA, DENGAN DAYA DAN KEKUATANMU, KERANA TIADA DAYA DAN KEKUATAN MELAINKAN DENGAN PERTOLONGANMU, WAHAI TUHAN YANG MAHA PANGASIH DARIPADA SEGALA YANG MENGASIHANI.. AMIN, AMIN, AMIN YA RABBAL ’ALAMIN..

A letter for you =)

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Hmmm.. hatiku terganggu.. Entah angin apa yang mendodoiku  hari ini, membuat aku begitu berani mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah aku kenali.  Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa pun. Apalagi mencurahkan sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran lelaki yang sering menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu,  itulah hati dan cintaku,  membuatku .. ahh.. tersedar dari lenaku yang panjang...


Teringat aku tentang didikan orang tuaku.. Ibu dan ayahku telah mendidikku sejak kecil agar aku  menjaga maruah dan mahkota diriku kata ibuku  “Allah telah menetapkan  seorang lelaki yang baik untukmu anakku jika engkau menjaga dirimu sebaik-baiknya..” . Bak kata ibuku lagi “suami yang soleh hanya untuk isteri yang solehah..”  sejak hari itu aku berusaha menjaga diriku, aku menutup pintu hatiku dari lelaki manapun kerana aku tidak mahu membelakangi suamiku kelak. 

Dalam hatiku, aku bertekad, hanya menerima lamaran seorang lelaki yang benar-benar akan menjadi suamiku..  Aku menghalang diriku dari jatuh cinta dari  mana-mana lelaki pun kerana aku tidak mahu diriku jatuh cinta pada lelaki lain selain dari suamiku, apa lagi mengenali,memahami  dan  menyanyangi mereka.  
Tak pernah terlintas dihatiku  ingin dipandang cantik, menawan dan mempersonakan  oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik  di mata suamiku. Itulah  janjiku pada diriku. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milik suamiku seorang sahaja.  Aku tidak langsung merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. 

Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Aku takut.. aku mengundang murka dari Allah.. kekasih sejatiku..  bagaimana Allah mahu mengabulkan doaku ingin berjumpa dengannya kelak jika hatiku kotor sebegini....

Ya allah.. jauhilah aku dari fitnah cinta yang penuh noda.. Peliharalah hatiku.. bersihkanlah hatiku.. ampunilah dosaku..
Matlamat aku buat suamiku di  alam berumahtangga hanya satu.. Aku ingin menjadi isteri solehah dan terbaik buat suamiku,  perkataan yang ku harapkan ketika suamiku memeluk sekujur jenazah tubuhku kelak ialah “Sayang... abang amat menyintai dan menyanyangimu.. sayang..engkau telah menjadi isteri solehah dan terbaik buatku.. aku redha padamu sayang.. moga redha Allah tetap bersamamu.. moga engkau tenang di sana bersama kasih abadimu sayang..”.
Ini impianku, dari dulu sehingga sekarang dan.. selama-lamanya. Tapi.. aku harus lebih terdahulu memperbaiki dan menghias pribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku...  ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?



Aku tidak nafikan sebagai manusia, aku juga  memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah, aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk suamiku.  Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang dinodai maksiat bersama cinta nista hitam lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen dariku... wahai suamiku..

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah, saat lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.  Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Ahh... Aku tertanya-tanya pada diriku.. adakah diri aku kini  berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon keampunan-Nya.  Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan sebegini.. Aku tak mahu terjerat dalam cinta pada lelaki yang bukan haknya untuk menerima cintaku..

Aku.. bukanlah seorang wanita yang cerewet dalam memilih pasangan hidup..  Siapalah diriku untuk memilih berlian  sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Bak kata pepatah,  jauh langit dengan bumi..jauh lagi enggang dengan pipit.

Tetapi.. aku juga mempunyai  keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar oleh lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.  Bermas kahwinkan senaskah Al-quran.  Tidak perlu  yang hadir dalam diriku itu,  memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wassalam yang mampu mendebarkan hati jutaan wanita untuk membuat aku terpikat.

Aku yakin jodohku telah  tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga dalam hati seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku.  Aku yakin..Itu janji Allah! Akan tetapi, selagi hatiku masih belum terbuka,  selagi itulah,  jangan engkau membazirkan  perasaan itu padaku kerana aku tak mahu menyintai lelaki yang bukan menjadi suamiku kelak..  Aku jua tak mahu kotori hatiku semata-mata menyintai lelaki dengan janji cinta yang palsu. Aku cukup takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan rumahtanggaku kelak.



Bagiku, aku merasakan cukup  bernilai seandainya  aku benar-benar berfungsi sebagai tongkat yang membantu perjalanan suamiku sekiranya kakinya patah dek berjuang.  Aku benar-benar ingin menjadi tulang belakang  perjuangan suamiku. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi apabila, akulah yang ditakdirkan meniup semangat juang suamiku kelak.. aku rela menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. 

Suamiku..  akan kukeringkan darah dari lukamu bejuang dijalan Allah dengan tanganku sendiri. Itu impianku ketika bersamamu kelak..

Pesanan akhirku buat suamiku kelak.. 

Suamiku.. Lontarkanlah cintamu pada khaliqmu dengan sepenuh hatimu..  kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.



< act, aku copy paste org nya nie..tp aku rasa cm kena ja ngn aku (^.^) >
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...